Sunday 30 December 2012

KEM BESTARI SOLAT 2012





Alhamdulillah, pada 29 Disember yang lepas, SMART LEGACY TRAINING & CONSULTANCY telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat yang disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak yang berumur 5 hingga 17 tahun. Program dimulakan pada jam 9 pagi dengan slot ice breaking bersama us ari kurniawan – slot ini melatih peserta untuk focus dan berfikir diluar kotak !




Seterusnya pengisian tentang ‘SOLAT’ disampaikan oleh Tuan Ahmad Muzammil Muhd Hairi. Peserta didedahkan dengan rukun2, bacaan dan maksud didalam solat serta cara solat dengan sempurna. Pengisian beliau turut diselikan dengan tayangan video bagi memudahkan kefahaman dan menarik minat peserta. Slot AKHLAK selepas solat zuhur pula  disampaikan oleh Tuan Izzat Fathi Bin Hisham. Para peserta ditekankan tentang pentingnya menjaga solat dan akhlak. Solat yang sempurna akan terbias pada akhlak seseorang.

slot AKHLAK bersama Tuan Izzat Fathi Bin Hisham



 
Solat Dhuha 

Di akhir program, setiap peserta akan melakukan amali dan praktikal solat dengan bimbingan fasilitator. Program berakhir pada jam 4.30 petang.


Program ini telah menutup tirai Smart Legacy T&C bagi tahun 2012. NANTIKAN program- program menarik sepanjang tahun 2013 yang akan datang!!

Wednesday 12 December 2012

Smart Motivasi Solat Siri II

       Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga baginda serta sahabat - sahabat baginda yang bersama menegakkan agama suci Islam.

         Pada 2 hingga 8 Disember 2012, telah berlangsungnya program Smart Motivasi Solat siri ke II yang dihadiri daripada 30 orang peserta yang terdiri daripada 16 peserta lelaki dan 14 peserta perempuan. Program di jalankan selama 7 hari 6 malam yang bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bangi.

         Selain itu, diantara pengisian yang telah di susun selama 7 hari ini ialah slot memahami dan menghayati bacaan dalam solat, slot tadarus Al Quran, slot mudahnya tajwid, eksplorace, slot zero to hero, slot akhlak pelajar cemerlang, qiamullail, hafazan Al Quran, kuliah maghrib, puasa sunat isnin dan khamis , riadah,  slot ibrah surah Al Luqman, slot motivasi dan slot parenting yang di sampaikan oleh Ustaz Prof Madya Dr Hasnan Kasan.

          Disamping itu, semasa majlis penutupan program yang di sempurnakan oleh penasihat program, al fadhil Ustaz Prof Madya Dr Hasnan Kasan  telah menyampaikan beberapa anugerah kepada para peserta yang terpilih . Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah tadarus  Al Quran terbaik lelaki dan perermpuan, anugerah hafazan terbaik lelaki dan perempuan, anugerah sahsiah unggul, anugerah peserta berdisiplin, anugerah peserta harapan dan anugerah perserta terbaik. Tahniah kepada para peserta yang telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program . Semoga dapat diteruskan momentum kalian di program yang seterusnya.

          Oleh yang demikian , jutaan terima kasih di ucapkan kepada Ustaz Prof Madya Dr Hasnan Kasan, ibu bapa peserta, para peserta program,  para fasilitator, team Smart Legacy Training & Consultancy dan warga Kompleks Pendidikan Islam Bangi.

          InsyaAllah, bagi sesi yang ke III akan bermula pada 16 hingga 22 Disember 2012. Pendaftaran peserta masih lagi dibuka.

                                                            Tahniah kepada para peserta                                                    


                                             Slot akhlak pelajar cemerlang oleh Ust Izzat Fathi                                                                   


                                          Slot Tadarus Al Quran oleh Ustaz Fazri Lutfi Qawais


                                  Slot Ibrah Surah Al Luqman oleh Ustaz Wan Muhammad Naif


                                   Slot memahami dan menghayati bacaan solat oleh Ust Muzzammil


                                             Adik Afwan mandapat anugerah peserta berdisiplin


                                                                       Amali Solat


                                           khusyuk para peserta mendengar kuliah maghrib

                                          Santai di Tasik Cempaka bersama CEO Smart Legacy                                               

                                                                    group eksplorace 1                                        

                                                             Group Eksplorace 2

                                                          Group Eksporace 3.