Sunday 30 December 2012

KEM BESTARI SOLAT 2012





Alhamdulillah, pada 29 Disember yang lepas, SMART LEGACY TRAINING & CONSULTANCY telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat yang disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak yang berumur 5 hingga 17 tahun. Program dimulakan pada jam 9 pagi dengan slot ice breaking bersama us ari kurniawan – slot ini melatih peserta untuk focus dan berfikir diluar kotak !




Seterusnya pengisian tentang ‘SOLAT’ disampaikan oleh Tuan Ahmad Muzammil Muhd Hairi. Peserta didedahkan dengan rukun2, bacaan dan maksud didalam solat serta cara solat dengan sempurna. Pengisian beliau turut diselikan dengan tayangan video bagi memudahkan kefahaman dan menarik minat peserta. Slot AKHLAK selepas solat zuhur pula  disampaikan oleh Tuan Izzat Fathi Bin Hisham. Para peserta ditekankan tentang pentingnya menjaga solat dan akhlak. Solat yang sempurna akan terbias pada akhlak seseorang.

slot AKHLAK bersama Tuan Izzat Fathi Bin Hisham



 
Solat Dhuha 

Di akhir program, setiap peserta akan melakukan amali dan praktikal solat dengan bimbingan fasilitator. Program berakhir pada jam 4.30 petang.


Program ini telah menutup tirai Smart Legacy T&C bagi tahun 2012. NANTIKAN program- program menarik sepanjang tahun 2013 yang akan datang!!

No comments:

Post a Comment