Sunday 11 November 2012

Sekitar program Seminar Penghayatan Solat (10/11/2012)



Al fadhil Ustaz Hasnan Kasan membedah bukunya yang bertajuk  ‘Mari Memahami dan Menghayati Bacaan Solat’. Buku ini menekankan tentang peri pentingnya menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Selain itu di dalamnya ada juga menyebut 6 kunci khusyuk didalam solat iaitu: kehadiran hati, memahami makna, mentakzimkan allah, rasa gerun dan takut, mengharapakan serta rasa malu.


Permulaan seminar ini membincangkan bagaimana menghadirkan hati di dalam solat dan membincangakan tentang orang-orang yang lalai didalam solat seperti yang disebutkan dalam surah Al Maun:
Maksudnya : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya" (Surah al-Maun ayat 4-5)



Allah SWT mengungkapkan satu ancaman iaitu celakalah orang-orang yang mengerjakan solat dengan tubuh dan lidahnya tidak sampai ke hatinya. Dia lalai tidak menyadari apa yang diucapkan lidahnya dan yang dikerjakannya oleh sendi anggotanya. Ia rukuk dan sujud dalam keadaan lalai, ia mengucapkan takbir tetapi tidak menyadari apa yang diucapkannya. Semua itu adalah hanya gerak geri biasa dan kata-kata hafalan semata-mata yang tidak mempengaruhi apa-apa, tidak ubahnya seperti robot.

Seterusnya penceramah mengimbas dan menyelak satu persatu makna bacaan secara ringkas yang sangat perlu difahami, diteliti dan dihafal maknanya  didalam solat supaya solat itu benar- benar khusyuk.

rujukan kitab mughni al muhtaj


Selain itu penceramah banyak menekankan tentang mendidik anak sejak kecil membaca Al-Quran dan solat serta peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak- anak.
Sesi kedua diteruskan dengan praktikaliti solat dengan menekankan perbuatan –perbuatan di dalam solat menerusi rujukan kitab Mughni Al-Muhtaj. 

Sekalung penghargaan buat peserta seramai hampir 200 yang menghadiri seminar ini.  moga ALLAH memberkati umat yang bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu dan sentiasa bersedia memperbaiki dan menambah baik amalan.



KITA BERTEMU LAGI DALAM PROGRAM YANG AKAN DATANG 'SMART POWER SOLAT'..NANTIKAN~

No comments:

Post a Comment