Tuesday 27 November 2012

SMART MOTIVASI SOLAT (SIRI 1)


Dimulakan dengan slot pendaftran dan taklimat kepada ibu bapa. Seramai 20 orang peserta mendaftar bagi sesi pertama ini.Setiap hari dimulai dengan qiamullail di awal pagi, setelah solat subuh, peserta dan fasi membaca al mathurat bersama2. Seterusnya dipenuhi dengan  tadarus dan hafazan. Di sebelah petang, peserta di ajar bacaan dalam solat, menghafal bacaan dan maksudnya. Buku yang digunakan untuk “mari menghayati dan memahami bacaan dalam solat”  adalah buku tulisan us hasnan  kasan.  Waktu petang juga diisi dengan riadah dan senaman. Selepas magrib, peserta akan mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh fasilitatorkemudian selepas isyak peserta diisi dengan beberapa aktiviti santai.








 kuliah tajwid 

Terdapat juga beberapa aktiviti yang menarik sepanjang seminggu berada di sini iaitu permainan bermodul, tayangan video, latihan dalam kumpulan (LDK), kuiz dan beberapa slot yang disampaikan oleh penceramah yang hebat antarnya slot  A+A & ZERO TO HERO,slot  TARGET, slot muhasabah dan sebagainya.Peserta lelaki  juga dilatih menjadi imam dan pada hari isnin dan khamis, mereka dilatih untuk membiasakan diri berpusa sunat serta makan bersama di dalam talam.


NANTIKAN SIRI KE 2 DAN SIRI KE 3 SMART MOTIVASI SOLAT PADA 2-8 DIS DAN 15- 21 DISEMBER !!

No comments:

Post a Comment